Superfrindz Malaysia On Thursday, July 14, 2011

Superfriendz Malaysia baru sahaja ditubuhkan sekitar awal bulan jun yang lalu, tujuan fan club ini ditubuhkan ialah untuk memberi sokongan kepada sebuah band kanak-kanak yang ketika dahulu dikenali sebagai Superkidz, dan kini setelah usianya semakin meningkat band ini telah di tukar nama kepada Super K.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya band ini berasal dari manakan.. Band ini berasal dari Bandung, Indonesia yang dianggotai oleh tiga orang iaitu Vicky, Tyan, dan Akbar. Kumpulan Super K ini bernaung di bawah syarikat rakaman Trinity Optima Production, yang telah banyak melahirkan artis-artis terkenal seperti Unggu dan lain-lain...

Band ini juga pernah membuat persembahan di Thailand,band ini juga merupakan gabungan antara pemuzik profesional, Super K di tubuhkan pada awal tahun 2008 dan pernah mengeluarkan single pertama mereka yang terkenal dengan lagu Playgirl, belum boleh dan beberapa lagu lagi. Superfriendz banyak terdapat di beberapa daerah di Indonesia khususnya seperti Superfriendz Jakarta, Superfriendz Bandung dan beberapa nama lagi, tetapi di Malaysia saya telah tubuhkan satu club yang diberi nama Superfriendz Malaysia..

harapan saya agar semua ahli Superfriendz dapat bergabung di blog ini, dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Oh Media FM Malaysia kerana sudi untuk mempromosikan kami...(dan jika anda tidak keberatan jangan lupa untuk klick di iklan yang bergerak sebagai tanda penghargaan anda dan tanda keperihatinan anda untuk blog ini terima kasih)



ADMIN (Superfriendz Malaysia)

0 comments:

Post a Comment