Superfrindz Malaysia On Tuesday, August 23, 2011



Setelah berjaya dalam membentuk sebuah band, iaitu Super K Patrick Affendy kini telah membentuk sebuah group vokal dan dengan konsep yang baru iaitu 'Boyband' yang sedang hangat di Industri Muzik Indonesia.

Menurut Patrick Affendy, kumpulan ini ditubuhkan kerana kurangnya role model anak-anak di masa kini, oleh kerana itu beliau telah terpesona dengan empat orang kanak-kanak ini semasa mereka tampil di dalam satu pementasan theather musical Laskar Pelangi yang diarahkan oleh Mira Lesman dan Riri Reza. Empat kanak-kanak itu ialah Bastian, Iqbal, Kiki, dan Aldi dan kemudian dipelawa untuk menghadiri satu latihan. Dan akhirnya Patrick Affendy mengambil nama Boyband Indonesia pertama pada tahun 90an iaitu Coboy dan telah diberi nafas baru kepada Coboy Jr.

Kekuatan vokal dan tarian yang dimiliki mereka ternyata sudah cukup hebat untuk kanak-kanak seumur mereka berusia 11 tahun dan kiki berusia 13 tahun,tambah beliau mereka juga pernah menjuarai beberapa pertandingan menyanyi di Indonesia, dan bukan itu sahaja, skill lakunan mereka juga yang baik telah membuka peluang baru untuk mereka apabila dipanggil untuk berlakon di dalam filem '5elang' bersama Christoffer Nelwan yang juga pelakon di dalam musikal Laskar Pelangi.

untuk single pertama Patrick Affendy telah mencungkil cerita mengenai kisah seharian kanak-kanak ini dan kemudian mengambil satu tema yang lucu mengenai kisah mereka berempat mengenai gadis yang berjaya menawan hati mereka, dan bagaimana cara dari laman sosial seperti Facebook dan Twitter berperanan penting dalam pendekatan mereka dan telah berjaya menghasilkan sebuah lagu yang berjudul 'Kamu'.

0 comments:

Post a Comment